KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa suara dan tuntutan berkaitan hak-hak kepentingan Sabah di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak berasaskan kepentingan negeri semata-mata tetapi demi kesejahteraan negara.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata tuntutan berkenaan adalah berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan sekali gus percaya bahawa kemajuan dan kejayaan negeri Sabah mampu memberi makna besar kepada negara.
"... kita tidak sesekali ambil hak orang lain tetapi kita menuntut hak-hak kita dipelihara. Tidak timbul soal kesetiaan kepada negara. Hidup dan mati (rakyat negeri Sabah) adalah untuk Malaysia yang tercinta maka, kita amat hargai usaha Perdana Menteri dalam isu-isu tertangguh dalam MA63 ini.
Kita harapkan supaya usaha ini didukung oleh seluruh penggubal dan pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan...GRS sekali lagi beri sepenuh komitmen kepada perjuangan Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada sesi ucapan pimpinan utama Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN), Hajiji berkata GRS bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan di Semenanjung pada PRN yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.
Beliau berkata komitmen dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkasa agenda perpaduan dan merealisasikan Perjanjian MA63 itu juga perlu didukung oleh seluruh penggubal dan pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan.
Sementara itu, Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata agenda penyatuan yang dizahirkan menerusi penganjuran konvensyen ini adalah berdasarkan tuntutan agama.
"Seperti apa yang diutarakan rakan-rakan perwakilan dari pagi sampai petang iaitu agenda perpaduan ini merupakan satu tuntutan dalam Islam (iaitu dalam) Surah al-Hujurat, Surah Ali 'Imran yang menyatakan kepelbagaian kaum itu berbagai bentuk budayanya, jangan berpecah belah.
Malah dituntut untuk kita bersatu dan berpadu untuk kebaikan umat negara kita yang kita cintai," katanya.
Beliau berkata nilai-nilai termasuk keterangkuman, toleransi dan keikhlasan perlu diterapkan dalam pimpinan parti politik untuk menzahirkan keyakinan mengenai agenda perpaduan bagi mengelakkan perpecahan dan bekerjasama sebaik mungkin bagi untuk negara serta memenuhi kehendak rakyat.
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak pagi ini.
Kemuncak konvensyen yang bertemakan "MADANI: Mengangkat Agenda Rakyat" ialah amanat yang disampaikan Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum diakhiri dengan pelancaran Tekad Bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Presiden Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berucap pada Majlis Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto BERNAMA
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Cadangan institusikan amalan berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Sabah, Sarawak diteliti
Fadillah berkata itu sedang dibincangkan dalam platform perundingan Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.
MA63: Sembilan tuntutan asas selesai sepenuhnya
Sebanyak sembilan perkara atau tuntutan asas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah selesai sepenuhnya setakat ini.
[KOLUMNIS] MA63: Pencapaian selepas dua tahun, satu kejayaan buat Sabah, Sarawak
DEWAN RAKYAT pada 14 Disember 2021 meluluskan RUU meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63 bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak.
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
Kongres PKR: 'Zaman Anwar terbuka bincang MA63'
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat terbuka membincangkan, malah konsisten dalam memperjuangkan agenda Perjanjian Malaysia 1963.
Sarawak kemuka cadangan tambah Ahli Parlimen
Kerajaan Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya jumlah Ahli Dewan Rakyat dari negeri itu ditambah bagi mewakili 35 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota Dewan Rakyat.
MA63: Autonomi pendidikan Sarawak dibawa ke MTP untuk persetujuan
Permohonan kuasa autonomi pendidikan untuk Sarawak akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) bagi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
MA63: Banyak kejayaan dicapai kerajaan Sabah diterajui GRS
Hajiji berkata, beberapa peristiwa penting telah dicapai oleh kerajaan negeri berhubung MA63 termasuk dalam sektor minyak dan gas.